Searching...
Saturday, November 16, 2013
6:34 AM 0

Luahan Hati Seorang Sahabat - Anak Imam Seksi


Saya remaja berusia 16 tahun dan mempunyai rakan yang sering berpenampilan seksi. Biarpun kerap memakai seluar dan skirt pendek, saya suka berkawan dengannya kerana dia baik hati. Yang membuatkan saya terkilan, dia pelajar sekolah agama dan bapanya juga imam di kampung. Kami satu sekolah dan saya rakan baiknya. Saya pernah menegur kerana tidak mahu dia terus menjadi sasaran ejekan dan kutukan, namun sebaliknya dia merajuk dan enggan berkawan dengan saya. Saya tahu iman itu tidak boleh diwarisi dan diukur menerusi pakaian, tetapi saya rasa lebih elok dia mengenakan pakaian sopan. Saya sering mendoakan dia berubah meskipun kadangkala saya turut menerima tempias kutukan orang terhadapnya. Apa perlu saya lakukan untuk membantu dia berubah?

IRDANI 
Kluang, Johor
 

Saudari kawan yang baik kerana sanggup menelan segala kutukan serta cercaan terhadap rakan baik. Biarpun ada pilihan untuk meninggalkannya, adik tidak berbuat demikian, malah sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. 

Bagi Dang Setia, apa dilakukan membuktikan adik rakan yang baik sama ada ketika susah atau senang erta boleh bergantung harap apabila memerlukan. 

Mengenai rakan berpenampilan terlalu menjolok mata, adik perlu berikhtiar untuk mengubahnya kerana ia juga tanggungjawab. 

Mungkin memaksanya mengubah terlalu drastik dan ‘keras’ bukan contoh dakwah terbaik. Atas faktor itu, dia semakin bertindak jauh lebih berani kerana ingin melepaskan geram terhadap individu yang mengutuknya. 

Pada Dang Setia, adik perlu berusaha memujuknya mengubah cara berpakaian. Pinta dia berpakaian lebih sopan supaya dihormati kerana dalam Islam sendiri meletakkan darjat wanita tinggi dan memelihara kehormatan bermula dengan menutup aurat. 

Nyatakan tujuan adik menasihati disebabkan adik sayang dan tidak mahu dia terima cercaan.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment