KRONOLOGI KES TEMBAK PEGAWAI AMBANK
23 OKTOBER 2013
- Pegawai AmBank cawangan Subang Jaya , Norazita Abdul Talib meninggal dunia di tembak oleh pengawal keselamatan dikenali Ardi Hamza sebelum melarikan wang berjumlah RM450 000.Dua lelaki dan isteri Ardi berjaya di tahan oleh Polis Selangor di sebuah rumah di Kota Kemuning, Klang beberapa jam selepas kejadian. Wang rompakan RM20,000 berjaya di temui.
28 OKTOBER 2013
- Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan nombor MyKad Ardi tiada dalam pangkalan data dan di percayai menggunakan kad pengenalan palsu.
30 OKTOBER 2013
- Pasukan Polis Marin Wilayah Dua meningkatkan sekatan di pesisir pantai dan perairan Johor sebagai langkah mengelakkan Ardi meloloskan diri ke negara jiran.
10 November 2013
-Ardi di tangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi di Johor
sumber : Berita Harian
0 comments:
Post a Comment