Searching...
Wednesday, February 27, 2013
5:30 PM 0

Buktikan Kalau Benar Saya Aibkan Dia - Rita Rudaini



Buktikan Kalau Benar Saya Aibkan Dia - Rita Rudaini | KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI 2013: Dalam laporan akhbar Harian Metro sebelum ini ada menyatakan punca dan sebab utama mengapa Aidil Zafuan tidak lagi menyayangi Rita Rudaini dan memilih untuk berpisah dengan aktres tersebut sepertimana yang dilafazkannya ketika permohonan cerai itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Isnin lalu.

Menurut penyerang bola sepak kebangsaan itu, Rita Rudaini seringkali mengaibkan dirinya menerusi kenyataan yang dibuat aktres berkenaan di dada-dada akhbar setiap kali bergolaknya rumahtangga mereka.
Mengenai pertuduhan yang telah dibuat terhadap aktres kelahiran Perlis itu, Rita nyata tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut. Sebaliknya Rita mahu Aidil menjelaskan bilakah saat,waktu dan ketika yang menunjukkan dia diaibkan aktres tersebut.

Rita Rudaini ketika dihubungi menjelaskan bahawa apa sahaja komen serta kenyataan yang dibuatnya bukan sengaja direka semata-mata untuk mengaibkan suaminya itu. Malah, tidak semua gosip itu datangnya daripada Rita tetapi oleh masyarakat sendiri yang jelas mampu menilai dan akhirnya ia sampai ke telinga aktres tersebut.

“Dulu ketika mula Aidil tidak pulang ke rumah, bukan saya yang pergi bercerita kepada media tentang perkara itu. Tetapi orang yang melihatnya sendiri setelah menyedari hanya saya yang saja yang sentiasa beada bersama anak-anak, sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dan akhirnya soalan tersebut pasti akan diajukan kepada saya.

“Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa orang wanita lain Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya?

“Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT,”ujarnya mengenai tuduhan suami yang mengatakan diaibkan oleh Rita di media tentang kisah rumahtangga mereka.

Dalam pada itu, Rita hanya mahu suami, Aidil Zafuan melunaskan segala tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakannya sebagai bapa kepada anak-anaknya. Rita turut menambah bahawa kesenangan dan rezeki adalah kurniaan Allah namun ia juga dilihat sebagai ujian untuk menguji kesabaran dan iman umatnya.
Murai
5:27 PM 0

Wawa Zainal Selesa Memakai Tudung



Wawa Zainal Selesa Memakai Tudung | “Saya tidak nafikan sekarang ini saya sering bertudung. Saya sedang belajar berubah ke arah kebaikan secara berperingkat. Doakan yang terbaik untuk saya,” ujar Wawa Zainal ketika mengulas desas-desus yang mendakwa dia kini tampil bertudung setelah dilihat beberapa kali tampil di khalayak dengan imej wanita muslimah.

“Kalau ada yang ternampak saya memakai tudung di luar, mereka memang tidak salah orang. Saya selalu pakai tudung sekarang ini. Cuma bukan secara kekal. Belum terfikir untuk berubah sepenuhnya. Saya tidak mahu berubah secara drastik, tetapi biarlah berperingkat. Sekarang ini saya mempelajari ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas agama dan juga kelas mengaji Al-Quran. Saya mahu memperbaiki diri,” ujar pelakon yang sedang meningkat naik ini.

Dalam masa yang sama, Wawa juga menyangkal pendapat yang mengatakan dia cuba untuk berubah kerana terpengaruh dengan Aeril Zafrel yang kononnya adalah teman lelakinya ketika ini.

“Saya dan Aeril Zafrel hanya kawan biasa. Dia tidak pernah cuba mempengaruhi saya dengan apa-apa pun. Saya mahu berubah kerana kehendak diri sendiri. Bukan atas desakan sesiapa. Kesedaran itu muncul dengan sendiri. Sebagai umat Islam, saya rasa bertangungjawab untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya. Saya tidak malu mengaku yang saya tidak fasih mengaji. Sebab itu, saya pergi belajar mengaji dengan seorang ustazah. Jika ditakdirkan saya berubah dan ingin terus memakai tudung, Alhamdulillah,” ujar Wawa lagi.

Ditanya adakah dia bersedia melepaskan kerjaya lakonannya seandainya dia bertudung nanti, Wawa dengan yakin memberitahu dia tidak ada masalah berbuat demikian.

“Saya tidak ada masalah hendak bertudung. Kalau Allah sudah buka pintu hati saya, apa salahnya. Lagipun, itu kewajipan kepada wanita Islam. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau dengan bertudung saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon, saya percaya ada rezeki lain untuk saya,” ujar Wawa berkeyakinan.
*Foto dipetik daripada Fanpage Facebook Wawa Zainal
Gua.com.my
4:48 PM 0

Sebab Keislaman Adam Corrie Lee Abdullah



Sebab Keislaman Adam Corrie Lee Abdullah | ADAM CORRIE LEE BIN ABDULLAH

Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman.

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.
alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.
Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah. - saya suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup.

Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; "Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.
Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.
Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)

Alhamdulillah

Kredit : Andi Silahhuddin
3:00 AM 0

Kerusi Paling Unik Di Dunia

Kerusi Paling Unik Di Dunia | Anda mungkin sering jalan-jalan, bersenam atau mungkin dalam perjalanan pulang dari pejabat. Ada kalanya anda keletihan kemudian duduk sejenak. Tapi apa tanggapan anda jika menjumpai tempat duduk seperti ini:









2:00 AM 0

Zamani Tidak Berputus Asa Mencari Pasangan Hidup



Zamani Tidak Berputus Asa Mencari Pasangan Hidup | AMPANG: Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani masih belum berputus asa mencari pasangan hidup selepas mengalami kegagalan dalam hubungan cinta sebanyak dua kali sebelum ini.
Zamani, 42, berkata, pada usianya kini dia sentiasa berharap akan kehadiran seorang wanita dalam hidupnya suatu hari nanti.
"Saya tidak menolak jika bertemu jodoh pada usia sekarang kerana masih belum berputus asa mencari pasangan sesuai untuk saya.
"Ciri-ciri pada seorang wanita bukan menjadi keutamaan kerana yang penting dia dapat menerima bukan sahaja kebaikan tetapi juga kekurangan pada diri saya.
"Walaupun pernah putus cinta sebanyak dua kali sebelum ini tetapi itu tidak bererti saya sudah serik mencari jodoh cuma belum sampai masanya lagi," jelasnya kepada mStar Online.
Zamani ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha Bersama Zamani di sini, Selasa.
Persembahan eksklusif itu bakal diadakan pada 9 April depan di Kelab Darul Ehsan (KDE) bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.
Pelawak Man (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim turut dijemput untuk memeriahkan persembahan yang dijangka akan dihadiri kira-kira 300 tetamu itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang kelihatan cengkung, Zamani berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaikkan berat badan namun gagal.
Menurutnya, selera makannya seperti biasa seperti individu lain tetapi keadaan fizikalnya tetap sama sejak dahulu.
"Dari dulu berat badan saya 45 kilogram dan macam-macam usaha dibuat untuk tambahkan berat badan tapi tak berjaya.
"Malah sekarang badan saya turun dua kilo sehingga ada yang menegur saya kelihatan sakit," jelasnya.
Bagaimanapun kata Zamani, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu kerana baginya dia mengamalkan pemakanan seimbang supaya kekal sihat.
Dalam perkembangan lain, Zamani berkata, dia sangat teruja dengan persembahan Minggu Setiausaha KDE itu kerana ini adalah kali pertama dia terlibat dalam persembahan eksklusif berkenaan.
Zamani akan mempersembahkan 10 buah lagu pada acara itu nanti selain menyelitkan beberapa segmen bersama penonton.
"Setakat ini kami masih berbincang untuk memberi kelainan kepada persembahan itu nanti namun yang pasti saya akan cuba memberikan yang terbaik," jelasnya.
1:00 AM 0

Koleksi Kereta Tengku Mahkota Johor (TMJ)

Koleksi Kereta Tengku Mahkota Johor (TMJ) | Negeri Johor pada pandangan kami bukan sahaja sebuah negeri yang aman damai serta pesat membangun dan mempunyai pelbagai keunikkan, tetapi mereka juga mempunyai pemerintah yang amat hebat di mata kami. Apa yang kami dapat tahu dari teman-teman berasal dari Johor, negeri tersebut bukan sahaja mempunyai tenteranya yang tersendiri, malah mempunyai pemerintah yang amat-amat dekat dengan rakyat.

Dan pada hemah kami, kami dapat merasakan hobi Tengku Mahkota Johor adalah mengumpul kereta-kereta unik dan bermutu tunggi. Dan berikut adalah koleksi-koleksi kereta yang dimiliki TMJ.











12:00 AM 0

Rosnah Mohd Noor Dimasukkan Ke Hospital Kuala Lumpur



Rosnah Mohd Noor Dimasukkan Ke Hospital Kuala Lumpur | PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihadapinya sebelum ini.
Rosnah, 54, berkata, dia dimasukkan ke HKL pada 18 Februari lalu selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu bergerak.
“Semasa kejadian saya terpaksa menghubungi ambulans untuk mengambil saya di Taman Melati (Kuala Lumpur) kerana pada ketika itu saya sudah tidak boleh berjalan.
“Apabila melalui beberapa proses imbasan oleh pihak HKL, saya dimaklumkan ada kesan patah pada bahagian paha saya yang menyebabkan sakit luar biasa sehingga ke pinggul,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.
Jelas Rosnah lagi, pada Khamis lalu doktor telah melakukan pembedahan memasukkan besi pada bahagian pahanya dan ketika ini dia tidak boleh berjalan sementara menanti penyakit itu sembuh.
Kata Rosnah, dia pada mulanya mahu melakukan imbasan pada tiga bulan lalu tetapi sengaja menangguhkannya kerana masih lagi boleh berjalan dengan bantuan tongkat sehinggalah keadaan menjadi semakin serius.
“Buat masa ini saya masih lagi ditahan di wad dan keadaan saya sudah stabil. Saya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan dua orang anak yang menjaga saya secara bergilir-gilir,” katanya yang juga terpaksa memakai lampin buat sementara waktu.
Ditanya adakah penyakit patah tulang yang dihidapinya itu akibat kesan rawatan kanser payu dara yang dihidapinya tidak lama dulu sehingga menjadikan tulang itu rapuh kata Rosnah, ia turut menyumbang kepada masalah berkenaan.
Bagaimanapun pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 1986 ini bersyukur kerana penyakit itu tidak begitu serius selain mempunyai anak yang sanggup menjaganya ketika sakit.
“Saya rasa beruntung kerana ada anak yang dapat menjaga saya selain saudara-mara juga ramai datang melawat. Cuma rakan-rakan artis sahaja yang tidak tahu kerana saya tidak memaklumkan kepada mereka,” katanya.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983),Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.