Searching...
Showing posts with label sukan; Berita. Show all posts
Showing posts with label sukan; Berita. Show all posts
Saturday, September 27, 2014
3:38 AM 0

Tips-Tips Dan Untuk Cara Mengempiskan Perut Tanpa Berdiet Atau Bersukan


Perut besar atau buncit boleh disebabkan tumpukan lemak yang ada di perut atau otot perut yang tidak terlatih. Pelbagai usaha tentu akan anda lakukan untuk mengurangkan tumpukan lemak tersebut, dari mulai diet rendah kalori sampai senam dan bahkan yang paling ekstrim melalui sedot lemak.

Jepun mempunyai cara unik untuk melatih perut supaya tegang dan hasilnya perut boleh mengecil. Caranya hanya dengan meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat. Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu mempunyai hasil yang berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut.






1. Sediakan sebatang straw 



                                                                2. Potong straw 5 cm 

                                     
                                                      3. Ratakan salah satu hujung straw


                                          

4. Tutup separuh lubang straw dengan salotape


5. Keadaan straw setelah ditutup dengan salotape 1/2 bahagian


6. Tarik nafas dalam-dalam dan tiup dengan kuat straw selama 5 saat


7. Lakukan selama 3 hingga 5 minit setiap hari 


8. Dengan caranya adalah,meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat  3 hingga 5 minit setiap hari


    9. Beberapa orang telah melakukannya selama 2 minggu dan hasilnya berbeza-beza, tetapi mereka          semuanya tetap berjaya mengecilkan perut


  
10. Menurut pakar, semasa kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas 



11. Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut semakin meningkat


Dan jika ingin melihat kebekersanannya,anda perlu lah mencubanya sendiri dirumah!!!!!!
Tips ini tidak memerlukan anda mengeluarkan duit yang banyak malahan ianya tidak berisiko!!!

selamat mencuba!!!!!!



Credit-Dairishare
Friday, September 26, 2014
6:28 AM 0

5 Artis Hollywood Ini Pernah Di Tuduh Jadi Pencuri


 1 Lindsay Lohan

Pastinya kes pencurian yang dilakukan Lindsay Lohan bukan perkara yang asing di telinga kita. Tahun 2011, dia disahkan menjalani hukuman undang-undang lantaran terbukti melakukan pencurian di salah satu kedai perhiasan. Kalung yang dicurinya bernilai US $ 2,500. Dan pada tahun 2012, dia kembali dituduh melakukan pencurian perhiasan di sebuah rumah mewah, namun tuduhan itu tidak terbukti.




2 Winona Ryder

Winona Ryder yang pada tahun 2001 ditangkap meninggalkan lokasi penggambaran SAKS Fifth Avenue dengan barang-barang yang dicuri bernilai lebih dari US $ 5,000. Semasa itu, dia mengaku sedang menjalani proses rawatan sehingga memerlukan banyak kos.



3 Miranda July

Dalam sebuah wawancara dengan New Yorker, pelakon dan juga pengarah Miranda July mendedahkan sebuah pengakuan mengejutkan. Semasa masih belajar kolej, ternyata dia sering melakukan pencurian semasa mengunjungi kedai.



4 Britney Spears

Dengan harta yang banyak dan kemasyhuran yang melekat dalam dirinya, seolah tidak ada yang kurang dalam diri Britney Spears. Namun tahun 2007-2008 memang bukan tahun yang baik untuknya. Dia mengalami kemurungan berat akibat pelbagai tekanan yang dia alami. Alhasil, dia bertingkah aneh dan tidak masuk akal layaknya orang gila. Suatu hari, dia meninggalkan stesen minyak dengan membawa pemetik api yang digunakannya untuk mengancam paparazzi. Dia mengaku telah mencuri sesuatu.


5 Peaches Geldof

Tidak hanya sekali dua kali Peaches Geldof dituduh meninggalkan kedai pakaian tanpa membayar barang yang dia beli. Peristiwa itu terjadi pada tahun 2008, namun dia tidak pernah terbukti bersalah.





Credit-Dairishare
2:10 AM 0

Impian Sepasang Pengantin Baharu Rosak Angkara Mak Andam


SEREMBAN – Impian sepasang pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia mereka minggu lalu, bertukar pengalaman ngeri apabila mereka ditipu mak andam.

Lebih teruk, pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 42, dan Nina, 32, terpaksa membeli persalinan lain sebagai ganti disebabkan mak andam dinantikan hanya tiba 15 minit sebelum majlis persandingan bermula.

Menceritakan kejadian itu, Zack berkata, dia dan isteri membuat keputusan memilih mak andam berkenaan yang ditemui di pameran pengantin di pusat membeli-belah Terminal 2, Februari lalu selepas tertarik dengan pakej perkahwinan ditawarkan.

“Pakej ditawarkan meliputi pelamin, jurugambar, solekan dan lapan persalinan baju dengan hanya RM1,500. Selepas berbincang dengan isteri, kami telah pergi ke kedai mak andam itu di Seremban Jaya beberapa hari kemudian untuk membuat tempahan,” katanya.

Menurutnya, dia membayar deposit sebanyak RM450 pada 10 Februari lalu selepas membuat pilihan pelamin dan pakaian pengantin serta membuat bayaran tambahan RM700 pada 26 Mac lalu.

Namun, kata Zack, dia dan isteri mula berasa tidak sedap hati kerana sukar berurusan dengan wanita terbabit bagi membincangkan persediaan majlis perkahwinan mereka.

“Bila kita telefon mahu tengok baju dan buat fitting, dia beri alasan sibuk dan selalunya gagal untuk dihubungi. Tapi disebabkan kami telah membuat bayaran dan majlis perkahwinan pun tidak lama lagi, saya bersangka baik mungkin dia betul-betul sibuk," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perasaannya bertambah tertekan kerana sebaik saja hari dinantikan, pelamin dan pakaian diberikan tidak seperti dipesan.

“Saya pilih pelamin lain, tapi yang dia pasang pada majlis di rumah isteri saya macam pelamin budak tadika buat. Baju pula dia beri bukan yang kami pilih," katanya.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila pada majlis bertandang di rumahnya pula, dia dan isteri terpaksa memakai pakaian sendiri kerana wanita terbabit gagal dihubungi.

Zack berkata, suami kepada mak andam itu hanya tiba kira-kira 15 minit sebelum majlis bermula dan memberi alasan isterinya tidak dapat datang kerana terjatuh di dalam tandas.

“Bayangkan, tertekannya kami ketika itu. Tapi mahu buat macam mana, majlis perlu diteruskan kerana tetamu sudah dijemput.

“Mereka berjanji mahu memulangkan semula wang yang dibayar sebanyak RM1,150. Tapi tak tahulah macamana," katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.

Credit-SinarHarian
Saturday, February 9, 2013
7:00 PM 0

Zulfahmi Selesai Jalani Latihan Bersama Pasukan Baru Di Sepanyol



Zulfahmi Selesai Jalani Latihan Bersama Pasukan Baru Di Sepanyol | KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin selesai menjalani latihan selama tiga hari bersama pasukan baharunya, Red Bull KTM Ajo, di Litar Almeria, Sepanyol pada Jumaat.
"Ini merupakan tiga hari yang sangat baik bagi kami. Kami mulakan kerja dengan motosikal baru dan belajar banyak benda baru. Kami juga melihat apa yang terbaik. Dalam beberapa kes, kami masih perlu mencuba banyak perkara dan saya juga perlu bekerja lebih keras untuk memperbaiki pemanduan saya.
"Saya fikir ini sangat positif apabila kami datang sini dan menjalani latihan beberapa kali di litar. Saya tidak sabar untuk beraksi di Valencia pada minggu depan," kata pelumba berusia 21 tahun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya.
Pasukan Red Bull KTM Ajo memulakan latihan pra musimnya minggu ini di Almeria sebelum sesi latihan rasmi Moto3 di Litar Ricardo Tormo, Valencia dari 12 hingga 14 Februari.
Selain Muhammad Zulfahmi, pelumba lain yang dipilih menyertai pasukan itu untuk kempen 2013 ialah Luis Salom dari Sepanyol dan Arthur Sissis dari Australia.