Isu Kenaikan Kos Taraf Hidup,Orang Kurang Tenang Adalah Kurang Bersyukur - Prof Muhaya (VIDEO)| SHAH ALAM – Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu. Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan. Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif. Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.
“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku. “Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar. Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.
“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif? “Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya. Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan. “Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang.
Kenapa harus merokok juga? “Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya. Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan. “Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri. “Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita.
Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.
ULASAN MSI: Prof bukan berasal dari keluarga susah mungkin tak faham masalah orang miskin yang nak beli beras pun payah apatah lagi nak business online.
Maaflah cakap sesetengah statement prof memang tak boleh pakai. Cakap ikut sedap mulut, Kalau tak faham isu rakyat better tutup mulut, jangan tunjuk pandai. Terlampau nak fikir positif sampai biar saja apa orang atas tindas. Bercakap memang mudah.
Pasal tak kena atas batang hidung prof sendiri. Prof lain lah banyak duit. Cuba pegi jengok orang-orang hidup lebih susah. Kenapa prof tak berani tegur mengenai ketelusan kerajaan dalam mentadbir? kenapa? takut kene gam ke atau nak jaga periuk nasi prof? prof you try hidup dengan gaji RM2500 bersih di KL.. setakat cakap guna air liur baik tak payah lah prof... Kenapa prof seolah-olah hendak menyalahkan rakyat?
sumber
0 comments:
Post a Comment