Searching...
Monday, December 30, 2013
8:27 AM 0

Pesta Cabul Beramai-ramai Paling Mengarut Di China (10 GAMBAR)


Pesta Cabul Beramai-ramai Paling Mengarut Di China (10 GAMBAR) | Pesta air di China terpaksa dibatalkan apabila bertukar jadi pesta mencabul. Pihak polis terpaksa menyuraikan mereka apabila gadis-gadis menjadi sasaran kumpulan nakal. Selepas itu mereka beramai-ramai membuka baju dan meraba. Kanak-kanak lelaki pun join sama

Apa komen anda?









8:21 AM 0

4 Gambar Bayi Yang Dilahirkan Dengan Rupa Yang Sungguh Aneh


4 Gambar Bayi Yang Dilahirkan Dengan Rupa Yang Sungguh Aneh | Kadang kala kita dihadapkan sebuah realiti kelahiran yang aneh yang ada di sekitar kita baik kelahiran yang dialami oleh binatang mahupun manusia.

Kelainan yang belaku pada kelahiran boleh disebabkan oleh banyak pekara seperti misalnya kelainan genetik ataupun akibat radiasi. Beberapa waktu yang lalu masyarakat Mesir dikejutkan satu kelahiran bayi laki-laki dengan struktur wajah yang aneh. Tidak banyak maklumat yang di perolehi dari kelahiran ini,apa pun kita harus bersyukur kerana di lahirkan dengan keadaan yang normal.



Friday, December 27, 2013
6:49 PM 0

Saya Baling Batu Sebab Tiada Orang Bantu


Saya Baling Batu Sebab Tiada Orang Bantu | ALOR GAJAH - “Saya baling batu sebab ‘hot’ (marah), takda orang bantu kereta saya rosak,” kata seorang juruteknik pendingin hawa sebelum dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM1,000 oleh mahkamah majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Nor Azizah Yusof terhadap Amir Nudin Ali, 33, yang mengaku bersalah ke atas dua pertuduhan menyebabkan cermin kereta pecah dan membahayakan dua individu yang disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Amir didapati membaling sebiji batu ke arah cermin kereta nombor pendaftaran WRL 2672 milik Mohamad Faiz Noorman, 26, menyebabkan cermin pecah dan membahayakan pemandu di dalam kereta berkenaan.

Amir turut dituduh membaling batu ke arah cermin kereta bernombor pendaftaran MCJ 1034 milik Hamiza Hasan, 23, hingga menyebabkan cermin kereta tersebut retak dan boleh membahayakan pemilik di dalam kereta itu.

Dia yang melakukan kedua-dua kesalahan di bawah jejambat Lebuh Ayer Keroh kira-kira jam 6.30 petang pada 22 Disember lalu, didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan sebelum Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Safri Mohammed Na’aim memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Bagi setiap pertuduhan,  Nor Azizah  menjatuhkan hukuman penjara penjara sehari  dan denda RM500 atau 10 hari penjara jika gagal membayar denda.-sinar harian
6:32 PM 0

Rakyat Disuruh Bersyukur,Pemimpin Pula? - Dr Asri


Rakyat Disuruh Bersyukur,Pemimpin Pula? - Dr Asri | SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kelangsungan politik.

Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat.

"...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi.-sinar harian
6:31 PM 0

Prof Muhaya Tampil Jawab Dakwaan Tidak Prihatin


Prof Muhaya Tampil Jawab Dakwaan Tidak Prihatin | SHAH ALAM – Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”-sinar harian
6:28 PM 0

Ketua Pembangkang PR Diserang Lagi Dengan Isu Lucah


Ketua Pembangkang PR Diserang Lagi Dengan Isu Lucah | SHAH ALAM - Nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikaitkan kembali dengan isu kontroversi seks  melalui media sosial.

Anwar yang dipetik dalam laman twitternya berkata :

"Staf saya maklum blog Umno sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam 'favourite' saya," katanya..

Tambahnya, perkara itu telah sering berulang ekoran perbuatan  "cybertrooper".

"Sudah banyak kali berlaku akibat "hack" cybertrooper," katanya.

Sehubungan itu, daripada pemerhatian Sinar Harian Online juga mendapati sebuah laman blog pro-Umno telah menyebarkan berita mengenai Anwar yang meletakkannya sebagai "kegemaran" gambar aksi songsang di laman mikro itu.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang turut berbalas tweet dengan pengikutnya menyatakan perkara tersebut telah lama berlaku sehingga terpkasa menukar kata laluan akaun itu.

"Bukan kali pertama, juga sebelum PRU.

"Dah banyak kali di 'hack'. Tukar 'password'," katanya lagi.-sinar harian
6:23 PM 0

Saya Bukan Wanita Bodoh Senang Dipermainkan Lelaki - Lana Nordin


Saya Bukan Wanita Bodoh Senang Dipermainkan Lelaki - Lana Nordin | PETALING JAYA: Tidak habis-habis lagi isu berkenaan Lana Nordin dan Johan As’asri. Kali ini pelakon wanita itu menegaskan dia bukan seorang wanita bodoh yang senang dipermainkan oleh lelaki dalam soal cinta.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Haan Nordin, 34, sebaliknya berkata, dia menghadapi situasi putus cinta dengan pelakon Johan As'ari dengan bijak dan matang.

"Saya tidak pernah berasa seperti wanita bodoh dengan apa yang telah berlaku di antara saya dengan Johan kerana saya sebenarnya bijak dalam menghadapi situasi seperti ini.

"Jujurnya saya tenang tambahan pula usia saya pun telah menjangkau 34 tahun dan banyak pengalaman tentang cinta sudah saya tempuh. Saya dah tahu apa patut dilakukan untuk mempertahankan diri sendiri," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menerusi sebuah laporan akhbar pada 29 November lalu, Johan yang sebelum ini dianggap menjalinkan hubungan mesra dengan penyanyi Shila Amzah dilaporkan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.

Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan hasrat untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya selepas memohon petunjuk Allah ketika mengerjakan umrah pada April lalu.

Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada Rabu lalu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarganya.

Sementara itu, mengulas mengenai komen ahli keluarga Johan yang tidak menghalang mereka bercinta, Lana berkata, dia tidak mahu mengulas perkara itu kerana merasakan pada tahap ini campur tangan keluarga tidak sepatutnya berlaku.

Jelas Lana, sebagai lelaki dewasa, Johan sepatutnya lebih matang dan mampu menguruskan hal peribadinya tanpa campur tangan pihak keluarga.

"Jika anda perhatikan tiada seorang ahli keluarga saya tampil untuk campur tangan atau melatah mengenai isu ini kerana ia tidak penting pada mereka tetapi berlainan pula dengan Johan yang seolah-olah 'menghantar' ahli keluarga untuk menyelesaikan masalah.

"Lelaki dengan sikap itu bukan yang saya cari kerana hendak membuat keputusan juga tidak mampu apatah lagi untuk membimbing saya pada masa hadapan. Kejadian yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri," ujarnya.-mstar
6:16 PM 0

Bukti Kenapa Harimau Tak Akan Jadi Jinak Walaupun Dipelihari Dari Kecil


Bukti Kenapa Harimau Tak Akan Jadi Jinak Walaupun Dipelihari Dari Kecil | Seorang pelatih haiwan dikejarkan ke hospital selepas diserang harimau jagaannya di Zoo Australia, Queensland. Jurucakap zoo berkata, David Styles, 30, cedera parah tetapi stabil selepas lehernya tembus dibaham harimau yang dikendalikannya sejak kecil. “Pada awalnya keadaan tidak berbahaya tetapi harimau itu dipercayai terlalu teruja ketika bermain dengan Styles dan haiwan berkenaan membaham mangsa,” katanya. Kejadian itu berlaku ketika kira-kira 50 orang pengunjung melihat aksi Styles bersama harimau jagaannya.

Zoo berkenaan memang popular kerana ia diasaskan pakar hidupan liar dan personaliti televisyen, mendiang Steve Irwin. Jurucakap zoo berkata, Styles masih mendapatkan rawatan di hospital. Pengarah zoo itu, Wes Mennon berkata, pekerja lain menyaksikan insiden berkenaan dan menarik Styles yang bertugas di situ sejak sembilan tahun lalu. “Ketika insiden itu, pasukan kecemasan kami dikejarkan ke tempat kejadian segera. Mereka bertindak profesional dan tenang. Saya sanjung mereka,” katanya. Pihak berkuasa berkata, mangsa mengalami luka parah dan dalam keadaan sedar ketika diterbangkan ke hospital di Brisbane.

Pegawai perubatan Andrew Haggerty berkata, kecederaannya mungkin lebih buruk. “Leher ialah kawasan yang rumit dan mengandungi struktur penting termasuk pembuluh darah dan saluran udara. “Sebarang pendarahan di kawasan itu boleh menyebabkan komplikasi,” katanya. Laporan mengatakan Styles digigit selepas pertunjukan dan harimau berkenaan menyerang di bahu dan leher sebelum cuba melemaskannya di kolam dalam sangkar. Zoo Australia yang menyimpan tiga harimau Bengal dan lapan harimau Sumatera.- Agensi
Thursday, December 26, 2013
6:49 AM 0

Iklan Kerja Kosong Di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Iklan Kerja Kosong Di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai:

1. Atendan Kesihatan Gred U3
2. Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3
3. Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3
4. Pemandu Kenderaan Gred R3
5. Pekerja Awam Gred R1
6. Pembantu Am Pejabat Gred N1

Tarikh tutup permohonan : Terbuka 2014
Lokasi : Seluruh Malaysia




sumber iklan
6:46 AM 0

Iklan Kerja Kosong Polis Di Raja Malaysia - Terbuka 2014


Iklan Kerja Kosong Polis Di Raja Malaysia - Terbuka 2014 | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Polis Di Raja Malaysia (PDRM), kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA):-

Berikut adalah tawaran jawatan kosong :-
1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)


MAKLUMAN TERKINI:  Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),
www.spa.gov.my mulai 20 Mac 2012.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28
tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana
Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan
kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.  Sila rujuk pautan : Skim Perkhidmatan PDRM.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)
yang boleh diperolehi melalui pautan ini :http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I
Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)


Tarikh tutup:  Terbuka
Lokasi: Seluruh Malaysia.
Sektor: Kerajaan.

sumber iklan
6:41 AM 0

Iklan Kerja Kosong Di Pos Malaysia Berhad - Januari 2014


Iklan Kerja Kosong Di Pos Malaysia Berhad - Januari 2014 | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pos Malaysia Berhad sebagai:

1. Vice President 1, Call Centre
2. Senior System Analyst SAP
3. Programmer
4. Key Account Manager
5. Branch Manager, PosLaju
6. Assistant Vice President, Risk Management (ERM)
7. Head of Sales Support, Planning & Development
8. Assistant Vice President, Lean
9. Assistant Vice President, Branding & Advertising
10. Senior Associate, Design & Creative Corporate Communications
11. Project Manager, ICT

Tarikh tutup permohonan 27 Disember 2013 - 18 Januari 2014
Lokasi : Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Sarawak
Sektor: Swasta

6:29 AM 0

Iklan Kerja Kosong Di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia - December 2013


Iklan Kerja Kosong Di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia - December 2013 | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai:

Kekosongan Jawatan 2014 di Pusat Perubatan Univerisiti Kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai PPUKM adalah seperti berikut :

1.JURU X-RAY U29
2.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
3.PEGAWAI TADBIR N41
4.PEMBANTU AKAUNTAN W17


Tarikh Tutup Permohonan: 30 Disember 2013
6:22 AM 0

Iklan Kerja Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MDJB)


Iklan Kerja Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MDJB) | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MDJB) sebagai:

1. Pegawai Perubatan UD43/44
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
4. Pegawai Perubatan UD41
5. Arkitek J41
6. Pegawai Penguatkuasa N41
7. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
8. Penolong Pustakawan S27
9. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
10. Penolong Akauntan W27
11. Ahli Muzik B27
12. Pembantu Pengkuatkuasa N17
13. Pembantu Akauntan W17
14. Artis Budaya B17


Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2013

sumber iklan
6:18 AM 0

Iklan Kerja Kosong Di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)


Iklan Kerja Kosong Di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai:

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
2. Penolong Akauntan
3. Jurutera Mekanikal
4. Pembantu Veterinar
5. Tukang K2 (Mekanik)
6. Tukang K2 (Jurukimpal)
7. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa
8. Penolong Juruaudi
9. Penolong Pegawai Pertanian


Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2013

sumber iklan
6:15 AM 0

Iklan Kerja Kosong Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan


Iklan Kerja Kosong Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan sebagai:

1. OIL PALM PLANT BREEDER
2. PENGURUS KANAN SISTEM MAKLUMAT
3. PENGURUS PENTADBIRAN
4. CHEMIST / AHLI KIMIA
5. PEGAWAI ALAM SEKITAR
6. PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN
7. PENGURUS BINAAN
8. PENGURUS PERTANIAN
9. PENGURUS SISTEM MAKLUMAT
10. PENGURUS UKUR
11. PENGURUS VETERINAR
12. PENGURUS KEWANGAN
13. PENGURUS UNDANG-UNDANG
14. EKSEKUTIF MAKMAL
15. EKSEKUTIF PENTADBIRAN
16. EKSEKUTIF PERLADANGAN
17. EKSEKUTIF VETERINAR
18. EKSEKUTIF KEWANGAN
19. PENOLONG EKSEKUTIF DRAUGHTMANS
20. PENOLONG EKSEKUTIF PERLADANGAN
21. PENOLONG EKSEKUTIF MAKMAL – RECORDER BREEDING


Tarikh Tutup Permohonan: 3 Januari 2014
6:08 AM 0

Iklan Kerja Kosong Sebagai Jururawat Dialisis

Iklan Kerja Kosong Sebagai Jururawat Dialisis | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini sebagai Jururawat Dialisis (Kuala Terengganu)

Kelayakan : 
- Mempunyai Diploma in Nursing dan berdaftar dengan LJM.
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang hemodialisis.
- Mempunyai Sijil Post Basik Renal
- Sanggup untuk bekerja di Kuala Terengganu.

Calon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap beserta gambar pasport ke : nefrocaremhr@yahoo.com atau Nefrocare MHR Sdn. Bhd.(1018610-H) Lot PT1878, Perkedaian KP Perdana, Taman KP Perdana, Kubang Parit, 21050 Kuala Terengganu Terengganu. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0129655858 - En. Hafiz
6:03 AM 0

Iklan Kerja Kosong Di PTPL Sungai Petani - Februari 2014


Iklan Kerja Kosong Di PTPL Sungai Petani - Februari 2014 | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di PTPL Sungai Petani sebagai:

1.Tutor Universiti
2.Juruteknik Teknologi Maklumat

Tarikh tutup permohonan pada 22 Februari 2014
Lokasi :  Kedah
Sektor : Swasta

Cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan seperti dibawah.
1. Sila kelaman jobsmalaysia : sila klik disini
2. Sila ke carian segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : ptptl sungai petani (dan search)
3. Sila pilh/klik pada
Majikan: PTPL SUNGAI PETANI
PTPL SUNGAI PETANI, KUALA MUDA, KEDAH. SEKTOR: PENDIDIKAN KOLEJ DAN UNIVERSITI (SWASTA)

4. Klik pada iklan jawatan dan mohon secara online

6:00 AM 0

Iklan Kerja Kosong Di Kementerian Pendidikan Malaysia - Januari 2014


Iklan Kerja Kosong Di Kementerian Pendidikan Malaysia - Januari 2014 | Permohonan adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) sebagai:

1.  Penolong Pengarah di Bahagian Matrikulasi

Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk berkhidmat sebagai Penolong Pengarah gred jawatan DG 44 dan gred DG 41.

Bidang pengkhususan (opsyen) dan kepakaran diperlukan adalah seperti berikut:

1.Biologi
2.Fizik
3.Matematik
4.Perakaunan
5.Ekonomi
6.Kejuruteraan (Awam, Elektrik & Elektronik)
7.Bahasa Inggeris
8.Sains Sukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)


Permohonan boleh dikemukakan dengan menyertakan resume dan LNPT
(3 tahun berturut-turut) kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

Sila hubungi, En. Mustafa Kamil Bin Sulaiman- 03-88844008 atau
En. Mohd Amin Bin Osman-  03-88844105.

TARIKH TUTUP permohonan pada 15 Januari 2014.

sumber iklan
5:53 AM 0

Iklan Kerja Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - 31 December 2013


Iklan Kerja Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - 31 December 2013 | Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:


JURUTEKNIK KOMPUTER 

1. (A) Jawatan : Juruteknik Komputer
(B) Gred Jawatan : FT17
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(D) Taraf Jawatan : Tetap
(E) Gred Gaji : P1 RM 952.66 - P1 RM 3,299.86

PENOLONG PEGAWAI TADBIR 
 
 
2. (A) Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir 
(B) Gred Jawatan : N27 
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan 
(D) Taraf Jawatan : Tetap 
(E) Gred Gaji : P1 RM 1,361.14 - P1 RM 4,427.94 

PEMBANTU AKAUNTAN 
 
3. (A) Jawatan : Pembantu Akauntan 
 (B) Gred Jawatan : W17 
(C) Kumpulan Perkhidmatan : Kewangan 
(D) Taraf Jawatan : Tetap 
(E) Jadual Gaji : P1 RM 928.74 - P1 RM 2,527.73

Untuk memohon sila klik pautan disini 
5:46 AM 0

Kerja Kosong Terbaru Di PUSPAKOM (Februari 2014)


Kerja Kosong Terbaru Di PUSPAKOM (Februari 2014) | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di PUSPAKOM sebagai:

1. Pekerja Am

Jawatan: Dispatch cum Clerk
-Sekurang-kurangnya mempunyai SPM/Sijil dalam mana-mana bidang;
-Mempunyai lesen kenderaan (B2&D);
-Mempunyai pengalaman kerja sebagai dispatch;
-Membantu dalam menjalankan kerja perkeranian di pejabat;
-Boleh ke outstation jika diperlukan.

Gaji Ditawarkan :RM 1400
Jenis Lesen Diperlukan :B2 DAN D

Lokasi: Petaling, Selangor
Sektor: Swasta/Berkanun
Tarikh tutup permohonan pada 22 Februari 2014

 Puspakom Sdn Bhd


Cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan seperti dibawah.
1. Sila kelaman jobsmalaysia : sila klik disini
2. Sila ke carian segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : puspakom sdn bhd (dan search)
3. Sila pilh/klik pada
Majikan: PUSPAKOM SDN BHD
PUSPAKOM SDN BHD, PETALING, SELANGOR. SEKTOR: LAIN-LAIN PERKHIDMATAN N.E.C.

4. Klik pada iklan jawatan dan mohon secara online

Wednesday, December 25, 2013
10:00 PM 0

Isu Kenaikan Kos Taraf Hidup,Orang Kurang Tenang Adalah Kurang Bersyukur - Prof Muhaya (VIDEO)


Isu Kenaikan Kos Taraf Hidup,Orang Kurang Tenang Adalah Kurang Bersyukur - Prof Muhaya (VIDEO)| SHAH ALAM – Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu. Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan. Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif. Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku. “Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar. Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif? “Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya. Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan. “Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang.

Kenapa harus merokok juga? “Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya. Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan. “Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri. “Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita.

 Ini undang-undang sunnatullah,” katanya. Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai. “Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya. “Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita.
Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.

ULASAN MSI: Prof bukan berasal dari keluarga susah mungkin tak faham masalah orang miskin yang nak beli beras pun payah apatah lagi nak business online.

Maaflah cakap sesetengah statement prof memang tak boleh pakai. Cakap ikut sedap mulut, Kalau tak faham isu rakyat better tutup mulut, jangan tunjuk pandai. Terlampau nak fikir positif sampai biar saja apa orang atas tindas. Bercakap memang mudah.

Pasal tak kena atas batang hidung prof sendiri. Prof lain lah banyak duit. Cuba pegi jengok orang-orang hidup lebih susah. Kenapa prof tak berani tegur mengenai ketelusan kerajaan dalam mentadbir? kenapa? takut kene gam ke atau nak jaga periuk nasi prof? prof you try hidup dengan gaji RM2500 bersih di KL.. setakat cakap guna air liur baik tak payah lah prof... Kenapa prof seolah-olah hendak menyalahkan rakyat?

sumber
1:05 AM 0

Pokok Jadi Saksi Hilangnya Dara Gadis (3 GAMBAR)





 Ketika anda melihat pokok ini anda tentunya ingin tahu, pada ranting-ranting pohon ini terdapat begitu banyak kasut, ada apa gerangan?

Pohon yang unik ini terletak di suatu tempat di bandar Minneapolis, pokok ini telah menjadi tempat pertemuan bagi ribuan Mahasiswa Universiti Minnesota

Terus apa hubungannya dengan kasut yang banyak bergantung di pohon tersebut? Kasut tersebut berkaitan dengan sebuah tradisi di mana setiap mahasiswa yang kehilangan keperawanannya maka dia akan menggantungkan salah satu kasutnya di atas pokok tersebut.

Dengan kata lain pokok ini adalah saksi dari ribuan gadis yang kehilangan keperawanannya di Universiti tersebut. Mengharukan ..!!



12:37 AM 0

Lana Nordin Dan Johan Putus Cinta

Tidak sampai sebulan, Akhirnya kisah cinta yang penuh dengan kontroversi Johan Asari dan Lana Nordin putus ditengah jalan.. Seperti desas-desus yang bertiup kencang mengenai penerimaan keluarga Johan sebelum ini.

Mereka berdua dikatakan telah berpisah sejak kelmarin kerana Johan tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka apabila keluarganya tidak menerima Lana Nordin…

    “Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana,”

    “Keadaan saya cukup tersepit, umpama diluah mati mak, ditelan mati bapa,”

    “Syurga dibawah telapak kaki ibu saya, Jika pilihan saya tidak mendapat restu keluarga, saya anak derhaka”

    “Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Lana Nordin mengatakan yang dia tidak bodoh, malah dia memberi masa untuk Johan membuktikan janji manisnya sebelum ini, namun baru sebulan Johan sudah mengaku kalah…

    “Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?
    “Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya.
Monday, December 23, 2013
1:26 PM 0

Kerja Kosong Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 04 Januari 2014


Kerja Kosong Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 04 Januari 2014 | Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di TNB Engineering Corporation Sdn Bhd sebagai:

Jobs vacancies at TNB Engineering Corporation Sdn Bhd.

1. Finance Executive

Tarikh tutup permohonan pada 4 Januari 2014
Lokasi : Petaling Jaya, Selangor
Sektor : Berkanun/Swasta