TERKINI: Mengapa Kami PERLU MENYERAH DIRI Di Tanah Air Sendiri? – Anak Sultan Kiram
TERKINI: Mengapa Kami PERLU MENYERAH DIRI Di Tanah Air Sendiri? – Anak Sultan Kiram | MANILA – Arahan agar kumpulan kumpulan bersenjata yang mengaku pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III, menyerah diri dengan segera yang dikeluarkan oleh Presiden Benigno Aquino tidak boleh diterima.
“Apa yang mereka tahu hanyalah menyerah diri..menyerah diri. Kenapa kita perlu menyerah diri di tanah air sendiri?
“Mereka (pengikut Sultan Sulu di Sabah) tidak berbuat apa-apa yang tidak baik di tanah air mereka,” kata anak sulung Sultan Kiram, Jacel Kiram di Filipina.
Jacel Kiram berkata arahan suruh menyerah diri tidak boleh diterima.
Sultan Kiram yang tua dan tidak bermaya dilihat muncul bersama bintang filem lasak, Robin Padilla sebelum beberapa wartawan berkampung di kawasan rumahnya di Taguig City.
Beliau menolak dakwaan Setiausaha Kabinet Rene Almendras bahawa Setiausaha Kehakiman Leila de Lima ‘berhubung secara langsung’ dengan keluarganya malam Jumaat.
Menurutnya, seseorang yang menyatakan dia mewakili Setiausaha Kehakiman telah menghubungi mereka, serta mendesak sultan menggesa pengikutnya pulang ke tanah air tanpa sebarang syarat.
Katanya utusan yang dihantar sebelum ini cuba mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap mereka.
“Apa yang penting adalah rundingan, bukan perencanaan
“Tidak pernah ada apa-apa pilihan, tiada pilihan lain diberikan selain meyerah diri,” katanya.
Jacel turut mempertikaikan dakwaan Almendras bahawa kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan kebuntuan dalam insiden tersebut secara aman.
Beliau berkata penceroboh tersebut akan terus berada di sana sehingga ketiga-tiga pihak, iaitu Kesultanan Sulu, kerajaan Filipina dan Malaysia duduk semeja bagi menyelesaikan isu pemilikan ke atas Sabah. ANN/ Philuppine Inquirer
0 comments:
Post a Comment