Searching...
Wednesday, April 10, 2013
2:13 AM 0

Subhanallah ! Bayi Baru Lahir Ditemui Hidup Walaupun Berada Dalam Lubang Disebabkan Banjir



Subhanallah ! Bayi Baru Lahir Ditemui Hidup Walaupun Berada Dalam Lubang Disebabkan Banjir | Seorang bayi ditemui dalam sebuah lubang yang berlumpur ketika banjir melanda di kawasan tersebut. Apa yang luar biasanya, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan oleh ibunya, namun tiada siapa yang tahu siapa yang menyambut kelahiran itu.

Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.



masa diangkat

dan dicuci

ternyata masih hidup

Subhanallah! Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu hidup di dalam lumpur walau seketika. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana bayi ini disambut. Jika ibunya masih hidup lagi, sudah pasti dia akan gembira bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal.







copy paste dari blog kisahemasputih
Tuesday, April 9, 2013
2:46 AM 0

Buat Suami,Hati-hati FB Anda Dipantau Isteri!!



Buat Suami,Hati-hati FB Anda Dipantau Isteri!! | Setiap masa, dia rasa tidak keruan dan cemburu membuak-buak membuat­kan Azman Fadil, 33, (bukan nama sebenar) sering memeriksa akaun Facebook isterinya, malah sanggup pula membuang rakan-rakan yang tidak ‘direstuinya’.

Sikapnya yang melampau itu membuatkan isterinya, Zana Ibrahim, 26, (bukan nama sebenar) tertekan namun semakin menerima keadaan kerana enggan bergaduh dengan suami sendiri gara-gara laman media sosial yang menjadi perhatian ramai ketika ini.
Zana akui, suaminya memang kuat cemburu dan memeriksa akaun Facebook miliknya pada setiap masa termasuk waktu tengah malam dan pagi, bagi memastikan tiada ‘hubungan songsang’ berlaku antara isterinya dengan mana-mana lelaki lain.

“Suami menyoal sekiranya dia sangsi mana-mana perkara yang tidak berkenan di hatinya malah ramai kawan lelaki yang ada dalam senarai rakan Facebook saya ­dibuangnya.


“Mulanya saya rasa agak tertekan tetapi saya malas hendak memikirkan perkara itu dan sekarang, saya mengambil pendekatan tidak kisah. Saya biarkan saja dia membuat pemeriksaan sesuka hatinya,” katanya.


Menurut Zana, dia pernah bergaduh besar dengan suaminya kerana merasakan diri tidak dipercayai, namun disebabkan tidak mahu hubungan mereka berantakan, dia mengambil sikap berdiam diri.

Malah, Azman turut membuka laman Facebook isterinya pada telefon bimbitnya setiap masa bagi memantau mesej keluar masuk dan mana-mana lelaki yang ingin menjadi rakan isterinya di laman sosial popular itu.

Setiap permintaan daripada lelaki untuk menjadi rakan Facebook isterinya akan disekat dan dibuang, biarpun ada antara mereka rakan di pejabat atau ketika di universiti.

Kata laluan untuk ­laman Facebook Zana memang diketahui Azman dan sekiranya wanita itu menukar kata laluan, ia boleh menyebabkan perang besar antara mereka.

“Mungkin kerana dia terlalu sayangkan saya dan bersikap mahu melindungi, jadi dia bertindak sebegini. Namun kadang­kala saya rasa rimas dan mahukan sedikit kebebasan.

“Saya tidak salahkan dia 100 peratus cuma saya pinta diberikan kepercayaan. Saya sayangkan dia dan tidak mungkin akan curang,” katanya.

Zana mengakui ketika masih belum berkahwin, dia tidak berhijab dan selepas mengenakan tudung litup, suami meminta­nya membuang semua gambar lama kerana tidak mahu ia dilihat lelaki bukan muhrim.

Namun, permintaan itu tidak dituruti kerana berasa Facebook umpama diari yang menceritakan perjalanan harian seseorang termasuk penghijrahannya kepada wanita yang kini bertudung.

Tidak cukup dengan Facebook, akaun Instagram serta Twitter miliknya juga ­‘diambil alih’ dan dipantau Azman ­sehingga menyukarkannya menggunakan dua
media sosial berkenaan dengan bebas ­kerana sentiasa dipersoalkan suami.

“Biarpun Azman bersikap terlalu mengong­kong dan taksub mengawal semua laman media sosial milik saya, dia seorang yang pe­nyayang dan tidak pernah berkasar pada saya.

“Laman sosial yang ada bukan punca masalah dan sepatutnya memberi faedah kepada semua cuma ia bergantung kepada diri sendiri untuk memahami dan menggunakannya,” katanya.


Layan perasaan 

Ira Yasmin Ali, 30, (bukan nama sebenar) menjadikan laman media sosial Facebook sebagai teman ketika sunyi apatah lagi suaminya sering bertugas di luar kawasan hingga berminggu, membuatkan hatinya meronta kerana ditinggalkan sendirian.

Hubungan dengan suaminya yang renggang kerana jarang menghabiskan masa bersama membuatkan Ira Yasmin melayan rakan lelaki yang ingin menjadi rakan di laman itu hingga membuahkan bibit cinta antara mereka tanpa pengetahuan suami.

Ibu kepada dua anak itu rasa terpinggir dan kesunyian akibat perhatian suami yang lebih fokus kepada kerja dan kurang berbual mesra, menyebabkan dia rasa sudah tidak disayangi.

Sepanjang suaminya bertugas di luar kawasan, dia menghabiskan masa yang panjang setiap hari sehingga berjam-jam untuk melayari laman Facebook dan mengenali ramai rakan baru termasuk lelaki.

Apabila ada lelaki yang sudi memberi perhatian kepadanya, dia mula melayan biarpun rasa bersalah tetap menyelubungi diri dan rasa berdosa pada suami. Semuanya kerana mahukan teman yang dapat mengisi hatinya yang terasa kosong.

“Hubungan kami renggang hingga akhirnya saya meminta cerai kerana rasa sudah tidak serasi. Saya kemudian meneruskan hubungan dengan rakan lelaki malah kami bertemu beberapa kali,” katanya.

Biarpun begitu, tanpa disangka-sangka, bekas suami mula memberi perhatian dan merayu kepadanya untuk berbaik semula demi anak-anak yang masih kecil.

Rasa kasih yang masih ada pada bekas suami dan memikirkan anak-anak, dia kembali mengikat tali perkahwinan bersama suami namun hubungan mereka terus ­diganggu kekasih Ira Yasmin yang tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan begitu saja.

Keadaan semakin berserabut apabila lelaki berkenaan mengugut suami Ira untuk menceraikannya kerana mahu Ira Yasmin menjadi miliknya dengan mengungkit kembali sikap suami wanita itu sehingga membawa kepada perceraian.

“Saya masih sayangkan suami dan mahu terus berada di sampingnya apatah lagi dia sudah berubah dan memberi perhatian pada saya. Namun perkenalan saya dengan lelaki itu di Facebook mengganggu kebahagiaan yang ingin saya kecapi sekarang ini.

“Bekas kekasih sanggup menghasut ­suami supaya menceraikan saja saya kerana dia mengatakan mahu menjaga saya. Saya masih berhubung dengannya biarpun hanya sebagai rakan. Mungkin saya masih ada sedikit perasaan kepadanya,” katanya.



Sunday, April 7, 2013
8:52 PM 0

(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI !



(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI ! | Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

(Minyak Sawit Sri Murni antara minyak yang berkualiti)

Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Dan elakkan dari membeli dan makan makanan dari luar, yang status makanan yang dihidangkan tidak diketahui asal usul nya.




8:10 PM 0

Tahniah : Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012

Pelakon Shaheizy Sam mengungguli Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Dia turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.

Tahniah : Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012 | KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 79,656 undi.

Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.

Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010.

Kemenangan itu membolehkan Shahiezy membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.

Dalam pada itu, Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila Amzah.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda.

Hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.

Manakala Datuk Aznil Nawawi kembali merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang disandang oleh Zizan Razak tahun lalu.

Bagaimanapun pengacara terkenal menerusi program Macam-Macam Aznil itu tidak hadir untuk menerima trofi kemenangannya.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Johan, Fara Fauzana dan Zizan Razak selain beberapa pengacara jemputan seperti Awi Rafael, Hanes Suraya, kumpulan Forteen, Emma Maembong dan Iqram Dinzly.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Adira, Asmidar, Datuk AC Mizal, Projek Pistol, Ziana Zain, Ella, Datuk M.Nasir dan sebagainya.

ABPBH 2012 edisi ke-26 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesaan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.-mstar online
10:03 AM 0

Anugerah Bintang Popular BH 2012 — Gambar Sekitar Karpet Merah (58 gambar)



Anugerah Bintang Popular BH 2012 — Gambar Sekitar Karpet Merah (58 gambar) | Mengangkat tema “Ledakan Geometri” kali ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) kembali dengan lebih ramai pencalonan baru dan juga lama.

Diacarakan oleh trio terkemuka Zizan Razak, Fara Fauzana dang juga Johan Raja Lawak antara kelainan yang dibawakan untuk ABPH kali ini.

Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil bakal menyaksikan Bintang Paling Popular dinobatkan pada malam ini.

Ditayangkan jam 9 malam di TV3 mari kita sama-sama saksikan siapa yang bakal memenangi Bintang Paling Popular pada malam ini!