Searching...
Monday, November 10, 2014
6:26 AM 0

Rahsia Sebenar Disebalik Kecantikan Dan Kehalusan Wajah Gadis Kemboja


Ini adalah sebuah kisah benar yang diceritkan kepada penulis oleh seorang guru wanita,anda baca,hayati dan mungkin boleh ambil manfaat dari cerita benar dibawah. Bismillahirrahmanirrahim… Baiklah sini saya nak cerita sikit pasal rahsia kecantikan wanita-wanita Kemboja. Ditakdirkan oleh Allah swt pada satu hari saya kenal satu keluarga yang berasal dari Kemboja. Mereka sudah lama menetap di Malaysia dengan melakukan bermacam-macam perniagaan termasuk menjual pakaian.


Selepas melihat gelagat wanita-wanita mereka. Lalu terlintas dihati, cantik sungguh wanita-wanita mereka walaupun sudah berumur. Tanpa segan silu saya terus bertaya “Kenapa kulit muka makcik-makcik Kemboja ini cantik-cantik yer?”salah seorang makcik ketawa dan menjawab “Sebab orang Kemboja suka amalkan memakan herba. Jika nak kulit cantik kena makan herba asli, jika sakit pun amalkan makan herba.. insya Allah sihat dan cantik”. Makcik Kemboja yang brumur lingkungan 50 tahun ini terangkan lagi “Jika nak kulit muka nampak cantik, halus, putih dan bercahaya pun kena pakai krim muka herba”. Dengan murah hati dia berikan pada saya satu krim muka herba yang diproses sendiri untuk kegunaan sendiri. Hanya di dalam bekas yang agak “simple” kelihatan seperti bekas ubat kudis yang kita boleh dapat di hospital.







Subhanallah… dengan izin Allah hari pertama guna jerawat di muka saya mula mengecut dan sehingga ke hari ketiga guna kulit muka saya dah mula licin kerana jeragat-jeragat sudah mula hilang. Saya mula jadi yakin dan bersemangat pakai kerana kulit muka yang kusam dan tak berseri langsung dipuji suami “muka awak makin berseri dan makin putih sehingga MENAMPAKKAN URAT-URAT HIJAU DI DAHI, awak pakai produk apa?” Saya jawab ringkas “alahh.. saya pakai Krim Herba yang akak Kemboja tu  bagi saja… pakai malam sebelum tidur”. Suami hanya senyum. Setelah 2 minggu guna, saya syorkan pada adik perempuan saya yang kini sedang menuntut di SBP Kuala Pilah. Memang adik beradik dalam keluarga saya majoriti muka berjerawat. Mungkin faktor keturunan kot. Wallahuaklam… Apapun setelah 2 minggu tak berjumpa dengan adik perempuan saya, sangat mengejutkan muka dia yang penuh jerawat sudah kering dan hanya tinggal kesan-kesan hitam, mungkin tunggu sedikit masa sahaja lagi untuk hilang kesemuanya dan menampakkan perubahan kulit menjadi putih. Subhanallah… Sebelum ini saya sudah banyak menghabiskan duit dengan menggunakan bermacam-macam jenis krim berjenama. Tapi kalu dah berbelas tahun guna bermacam-macam krim dan dalam masa yang sama rasa kulit pun masih tak beri kerjasama. So maintain tahap itu saja. Last-last dapat juga krim muka herba dari Kemboja yang tak disangka-sangka datang-nya. Ini semua dengan izin Allah swt. Sehari sekali saja pakai, kulit dah rasa selesa, sapu bedak pun rasa rata. Alhamdulillah mungkin kulit saya serasi dengan Krim Kemboja ini. Ermm! siapa yang mengalami masalah kulit kusam, jerawat dan berjeragat, taulah macam mana rasa stress bila tengok muka sendiri.

So far Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan hasil pemakaian Krim Kemboja ini. Muka kira dah nak settle, nak-nak orang malas make up macam saya. Ekeke..! Kalau dapat kulit muka yang tak kusam bersyukur sangat pada Allah. So, kalau ada sahabat-sahabat yang mempunyai masalah kulit muka sama seperti saya, tetapi masih tidak terjumpa mana-mana krim muka yang sesuai. Bolehlah cuba Krim dari Kemboja yang sangat mujarab ini. Boleh hubungi  mereka dibawah  untuk mendapatkannya… Saya bagi menjual dengan ikhlas niat nak menolong kerana Allah swt. Bukan nak berniaga semata-mata. Dibawah ni saya ada bagi sedikit respon dari sahabat semua yang telah menggunakan Krim Herba Kemboja.. Semoga manfaat.. wallahuaklam…
















Contact :Wakil penjual

Iema :- 012 2717958

 E.g - 012 3941206



Thursday, October 9, 2014
6:26 AM 0

Cerita Seram Disebalik Gangguan Hantu Kopek Di Asrama Maktab Tentera



KEJADIAN ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan warden.

Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang bersembunyi di dalamnya.

DAM! DAM! DAM!

Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan memanggil kawan-kawannya. Sunyi sepi. Namun tidak seperti biasa, hari itu tiada suara yang menyahut panggilannya. Rupa-rupanya, semua penghuni asrama telah pulang ke kampung kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan!

Kini tinggallah dia keseorangan. Tiada siapa dapat membantunya. Akibat suhu yang panas dan kekurangan udara, pelajar berkenaan akhirnya mati kelemasan.

Tragedi itu memulakan kisah misteri yang berlaku di asrama elit tersebut, sampailah hari ini. Kalau ada pelajar tidur di katilnya, arwah akan baring di sebelah mereka. Pintu almari juga akan diketuk-ketuk dari dalam, biasanya pada hari Jumaat dan lewat malam.

Kisah ini belum berakhir. Di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak pula berlaku satu kejadian menakutkan. Dini hari itu, seorang pelajar mengejutkan kawan di sebelah katil untuk menemaninya ke bilik air.

“Aku takutlah… aku dengar cerita tandas kita berhantu,” kata pelajar yang hendak ke tandas itu.
Sahabatnya tidak menjawab, hanya tersenyum dan menemaninya ke tandas. Selepas membuang hajat, pelajar pertama itu pergi ke singki untuk membasuh muka. Sebaik-baik paip dibuka dia terkejut. Yang keluar bukannya air, tetapi darah!

Dia menjerit memanggil sahabatnya yang masih di dalam bilik air. Tetapi suara yang menyahut panggilannya amat menakutkan. Garau dan pelik. Pelajar yang sedang ketakutan itu terus mengetuk pintu bilik air untuk mengajak kawannya pulang. Dan, kreeet…

Pintu terbuka, tetapi yang muncul bukanlah sahabatnya, sebaliknya lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Pelajar itu pengsan di situ juga!

Sebuah asrama puteri di Kelantan pula terkenal dengan kisah seorang nenek yang duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

Mengikut cerita, suatu malam seorang pelajar menyanyi-nyanyi seorang diri. Tiba-tiba pelajar itu terdengar ada suara pelik mengiringi nyanyiannya. Suara itu seperti suara seorang nenek dan alunannya amat meremangkan bulu roma.

Pelajar itu cepat-cepat menarik selimut dan memejamkan matanya. Dia cuba melelapkan mata tetapi gagal.

“Katil nombor satu dah tidur. Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga… pura-pura tidur!” tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan tua.

Pelajar itu menjengukkan kepala dan terkejut apabila melihat ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Menggerunkan

Anda pernah dengar cerita ini? Pasti pernah, bukan. Semua kisah misteri yang diceritakan itu ialah kisah-kisah seram yang sangat popular dalam kalangan pelajar asrama. Tanyalah kepada para pelajar asrama di mana-mana juga di negara ini, rata-rata tahu akan cerita tersebut.

Cuma persoalannya, adakah kejadian-kejadian itu benar-benar berlaku? Kalau berlaku, di mana?
Saya sengaja letakkan lokasi asrama-asrama tertentu, tetapi anda pergilah ke asrama berkenaan, pasti mereka menafikannya. Sebab, memang tidak ada kejadian seumpama itu berlaku di sana. Sedangkan, cerita yang sampai ke telinga kita mengatakan, memang kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.

Mengapa ini terjadi? Dalam bidang kajian paranormal, kisah-kisah itu dikategorikan sebagai urban legends, atau lebih mudah difahami, cerita dongeng seram popular. Di Barat, ia dipanggil urban legends (dongeng bandaran), tetapi dalam konteks negara kita, istilah tersebut agak kurang sesuai.
Kembali kepada topik perbincangan kita: Perhatikan, cerita dongeng seram popular ini mempunyai beberapa ciri.

Pertama, ia berlaku kepada kawan kepada kawan, bukan kepada pencerita itu sendiri. Sebagai contoh,cerita tersebut disampaikan oleh pelajar bernama Maria.

Kata Maria, ia berlaku kepada kawannya, Shima. Apabila ditanya kepada Shima, pelajar itu mengatakan, sebenarnya ia terjadi kepada kawannya yang lain, Aishah. Begitulah seterusnya… tiada penghujung.

Untuk pengetahuan anda, apa yang sebenarnya berlaku adalah dalam rantaian sahabat itu, mereka saling mempercayai. Jadi bagi meringkaskan cerita, si A akan memendekkannya dengan berkata, ia berlaku kepada sahabatnya, B. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Cerita dongeng seram popular ini ringkasnya tidak diketahui berlaku kepada siapa, dan di mana. Ia tersebar dari mulut ke mulut, ke serata pelosok daerah.

Kedua, terdapat pelbagai versi. Sebagai contoh, ada versi mengatakan sebenarnya cerita seram di tandas itu berlaku ketika menjelang subuh. Pelajar lelaki itu pula melihat darah keluar daripada paip singki semasa mahu memberus gigi.

Versi lain pula mengatakan dia tidak pengsan di tandas, tetapi di dorm apabila mendapati kawannya itu sebenarnya sedang nyenyak tidur. Begitulah juga dengan kisah-kisah seram lain.

Ketiga, urban legends mengandungi pengajaran moral dan amaran. Misalnya, cerita pertama untuk menakutkan pelajar supaya jangan ponteng sembahyang Jumaat. Cerita nenek di atas almari pula bertujuan menakut-nakutkan pelajar supaya tidur pada waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.
Ciri keempat, cerita itu sangat aneh, janggal dan kadang kala lucu. Perhatikan cerita pertama itu. Tidak logik langsung ada pelajar yang sanggup menyorok di dalam almari untuk ponteng sembahyang Jumaat.

Tidak masuk akal pintu almari boleh terkunci dari luar, begitu juga tidak mungkin pelajar tersebut tidak dengar kawan-kawannya yang lain bergelak ketawa, berbual serta sibuk mengemas barang sebelum pulang ke kampung masing-masing.

Kisah-kisah urband legends ini lebih kurang sama cirinya dengan kisah hantu kum kum, hantu stoking dan lelaki tua penyabit kepala. Kisah-kisah itu sangat menarik dan kononnya ia berlaku di sesebuah tempat. Namun apabila dijejaki, semuanya palsu.

Hakikatnya, apa yang berlaku ialah semua kisah tersebut tersebar kerana ia menjadi bahan cerita paling digemari semasa para penghuni asrama ini berkumpul sebelum memejamkan mata. Ada juga dikatakan, antara cerita itu yang sebenarnya telah diubah suai daripada kisah-kisah urban legends di luar negara.

Anda tak percaya? Kalau ada mana-mana pelajar asrama yang betul-betul pernah mengalami kejadian seram seperti itu, saya cabar… sila hubungi saya sekarang.

5:18 AM 0

Kisah Kanak-Kanak Penghidap Autisme Dan KucingNya Yang Akan Membuatkan Anda Rasa Terharu!


Iris Grace merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang mempunyai penyakit 'autism' atau sukar berkomunikasi dan berhubung dengan persekitaran. Walau bagaimanapun, Iris Grace merupakan seorang yang berbakat dalam lukisan dan itu adalah salah satu cara bagi Iris Grace meluahkan isi hatinya.

Walaupun Iris Grace kini masih kecil, tapi dia sudah dikenali sebagai seorang pelukis professional dan mempunyai laman webnya sendiri untuk menjual karya lukisannya. Tetapi disebalik kisah kejayaan kanak-kanak cilik ini, rupa-rupanya ada pembantu yang selalu menyokongnya dari belakang. Yang mengagumkan adalah pembantunya itu ialah seekor kucing!

Menurut ibu Iris Grace, setelah mengetahui tentang penyakit anaknya itu, mereka telah mencuba pelbagai cara bagi membantu anak mereka mengatasi penyakit tersebut sehinggalah mereka terjumpa dengan Thula, seekor kucing terapi. Thula kini berusia hampir setahun dan berasal dari keturunan Maine Coon. Keturuna kucing ini sememangnya terkenal dengan sifat mereka yang bijak dan lemah lembut.


Tugas Thula adalah untuk membuatkan Iris lebih suka bersosial dan untuk menenangkan Iris apabila dia mula merasa bimbang. Menurut ibu Iris, Arabella Carter-Johnson, Iris lebih suka bercakap dengan Thula, seperti bercakap perkataan "sit cat".


Thula akan sentiasa bersama dalam apa jua aktiviti yang ingin dilakukan oleh Iris termasuklah bermain air, playdoh, melukis, naik basikal, mengecat, dan ketika bermain iPad sekalipun. Thula memberikan Iris keinginan untuk berinteraksi dan berkawan.


Thula melakukan tugas dengan baik untuk menenangkan Iris ketika dia di dalam keresahan dan menyokong Iris untuk berkomunikasi.


Menurut ibu Iris lagi, Iris susah untuk mandi dan membenarkan rambutnya dibasuh dengan air. Thula telah membantu Iris dengan masuk sekali ke dalam tab mandi dan mandi bersama Iris. Thula juga membenarkan ibu Iris membasuh bulunya dengan shampoo bagi membantu Iris.


Kini, dengan adanya Thula, Iris lebih senang untuk bangun pagi dan memulakan aktivitinya sehari-hari.


Menurut ibu Iris, Thula pada asalnya bukanlah seekor kucing yang telah sedia asal dilatih. Dia sendiri yang melatih Thula untuk menjadi rapat dengan Iris dan yang selebihnya, Thula seperti seolah-olah tahu apa yang perlu dilakukan olehnya.


credit
Wednesday, October 8, 2014
5:15 AM 0

Pelakon Kontroversi Minta Peluang Kali Kedua??????




Apakah nasib yang menimpa pelakon kontroversi ini. Terkini Hanes Suraya menejelaskan yang dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan. Stesen televisyen seolah-olah memboikotnya setelah peristiwa kisah cinta dengan suami orang yang mana satu-persatu didedahkan oleh media tempatan.

Berikut adalah luahan hatinya.

“Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesempatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Mungkin disebabkan perkara yang lepas itu masih hangat di ingatan peminat dan masih baru mungkin stesyen-stesyen television belum lagi ingin menampilkan Hanez dalam mana-mana lakonan. Bagaimanapun semoga perkara ini menjadi tauladan kepada selebriti-selebrti lain yang peminat-peminat semua amat menitik beratkan perangai di luar lakonan dan bukan sekadar rupa ataupun seni.


4:51 AM 0

Apa???Malam Ini Bulan Berdarah???Biar Betollll!!!

FENOMENA GERHANA BULAN BERDARAH MALAM INI


Ia bukan lah berkaitan cerita mistik atau cerita tahyul seperti gambar diatas
Tapi tahukah anda yang malam ini bukan sahaja akan berlaku kejadian gerhana bulan penuh malah juga akan berlaku dua lagi kejadian lain iaitu penampahan Uranus dan juga Selenelion.

Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai ‘Gerhana Bulan Berdarah’ terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.

Ketika itu, bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itu akan menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.

Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.

Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.

Namun, detik tersebut agak singkat dan mereka yang terlatih sahaja berpeluang mengesannya di dada langit. Oleh kerana cahayanya samar, Uranus hanya dapat dikesan dengan mata kasar pada saat gerhana terjadi sepenuhnya.

Sebelum atau selepas detik itu, kelibat planet ketujuh dalam sistem cakerawala itu akan pudar dan menghilang.

Fenomena selenelion pula merujuk kepada kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam.

Secara ringkasnya, ia adalah fenomena apabila dua objek langit terpisah 180 darjah dari sudut pandang manusia di Bumi.

Pada waktu senja nanti, selenelion yang terjadi melibatkan Bulan dan Matahari. Ini bermakna Matahari akan disaksikan tepat di ufuk barat manakala Bulan pula di ufuk timur.


Tuesday, October 7, 2014
9:01 PM 0

Ni Betol-Betol Pelik!!!!!!Peraturan Hubungan S 3 k s Paling Pelik Di Dunia

Lain negara, lain kaum dan lain pula tradisinya. Hubungan intim merupakan satu perkara yang sangat peribadi bagi semua orang.

Namun, tahukah anda bahawa ada segelintir masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik dan aneh ketika melakukan hubungan s3ksual bersama pasangan.

Jom kita ketahui 5 tradisi pelik yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini.

Indonesia




Mungkin kedengaran agak pelik namun masyarakat di sebuah pedalaman Indonesia melakukan hubungan k3lamin dengan cara tidak bergerak dan dalam keadaan senyap. Benar-benar pelik!

Papua New Guinea

Masyarakat pedalaman Papua pula melakukan hubungan k3lamin di dalam hutan. Si suami akan meletakkan dua anak panah dalam keadaan bersilang sebagai amaran kepada orang lain agar tidak mendekati tempat mereka melakukan hubungan k3lamin. Jika ingkar, alamatnya kena panahlah orang yang degil itu.

Lebanon

Terdapat satu peraturan Lebanon yang memang pelik dan gila. Seseorang boleh dibenarkan mengadakan hubungan s3ksual dengan binatang yang berlawanan jantina. Maknanya lelaki boleh melakukan hubungan s3ksual dengan haiwan betina. Jika lelaki tersebut melakukan hubungan dengan haiwan yang sama jantina, alamatnya hukuman matilah yang sedang menanti.

Hong Kong
Di Hong Kong, isteri yang membunuh suami atas alasan suaminya curang tidak akan dihukum penjara. Ini kerana undang-undang Hong Kong membenarkan wanita membunuh suaminya dengan tangan kosong atau tanpa menggunakan sebarang senjata. Si isteri juga boleh membunuh kekasih suaminya dengan cara apa pun sama ada dengan atau tanpa menggunakan senjata.

Jepun

Ada satu kebiasaan pelik berlaku di institusi pengajian tinggi Jepun di mana pelajar senior dibenarkan memp3rk0sa pelajar junior secara beramai-ramai. Bukan itu sahaja, pelajar baru akan disuruh berlari sekeliling kampus tanpa seurat benang.

Benar atau tidak tradisi pelik tapi mengarut ini, pembaca bolehlah bertanya kepada Encik Google ye.. Jangan percaya bulat-bulat pula. Dan yang paling penting, jangan ditiru aksi-aksi tersebut diatas!-